Saturday, June 5, 2010

Mendokumentasikan dialek Ulu Tembeling


Memang susah untuk mendokumentasikan kata-kata dielek Ulu Tembeling ini kerana ianya terlalu berbagai. Terdapat perbezaan yang sangat nyata dan ketara diantara satu kampong dengan satu kampong yang lain walaupun jaraknya bukanlah terlalu jauh.

Sebagai contohnya dielek Kampong Bantal sudah berbeza dengan Kampong Mat Daling serta Gusai. Begitu juga jika diperbandingkan dengan Kampoing Kuala Sat (dan Kampong Ceneh)

Kampong Pagi, walau masih dalam kawasan Ulu Tembeling namun dielaknya sudah tidak banyak bezanya dengan Kampong Kuala Tahan dan disebelah hilir. Perkataan dan sebutannya lebih mudah difahami dan iramanya tidak terlalu asing jika di bandingkan dengan kampong-kampong yang saya sebutkan awal tadi.

Blog ini bukanlah vocubalary sebenar bagi dialek Ulu Tembeling, namun ianya diterbitkan sebagai satu usaha untuk memudahkan pemahaman pembaca blog Urag Drrulug.


Bagi menambah khazanah kata-kata yang sedang diusahakan ini, saya juga mengharapkan semua pihak untuk bersama memberi sumbangan. Mudah-mudahan usaha ini akan dapat memberikan faedah kepada semua dan dapat dijadikan khazanah masyarakat.



------------------------------------------------------------

Vocabulary Dielek Ulu Tembeling



Dailek Ulu Tembeling - Bahasa Malaysia


Akuq - Aku
Ong - Awak
Dimeq - Mereka
Pek - Tak ada
Maseq - Apa?
Kumeq = Kome - Kami